Apr 7, 2012

Snacking...

Wow... cuaca dingin sahaja, if dapat nikmati snack utuk petang best gitu... Tengah go thru my blogs suddenly came across dengan blog CMG.. cekodok bawang ikan bilis CMG buat Naz terliur.. Since bahan-bahan semua ade di fridge, apa lagik.. Mari kita renungkan resipi CMG gi bawah...

Cekodok Bawang Ikan Bilis
Source:  CMG


 




 















BAHAN-BAHANNYA :-)

1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar penuh bawang goreng
2 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder
Garam secukup rasa
2 1/3 cawan air atau secukupnya
Sos kegemaran untuk mencicih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan ikan bilis, perah sedikit, masukkan dalam mangkuk besar bersama bawang hiris dan bawang goreng. Masukkan tepung gandum dan baking powder, gaul rata dan tuang air, kacau hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau yang boleh disudukan.
  2. Tambah garam secukup rasa, kacau rata dan rehatkan sekejap. Panaskan minyak dan sudukan 1 camca besar dalam minyak panas. Buat 8 - 10 biji sekali goreng, bergantung pada saiz kuali. Goreng hingga kuning keemasan pada semua bahagian.
  3. Angkat dan toskan, buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi. Hidangkan bersama sos kegemaran anda samada untuk sarapan atau minum petang

 - Your truly- 
Nazia @ Foodie Craze



0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com